Seramai 281 tukang urut dan GRO ditahan oleh pihak berkuasa di seluruh negara sepanjang minggu lepas.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Menurut Khalid, tangkapan dan penahanan tersebut dilakukan oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) dalam serbuan berasingan.

“Syabas STAGG @PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu. Tangkap 281 orang GRO dan tukang urut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khalid turut mengesahkan seramai 297 orang ditahan manakala 1.631 komputer dirampas dalam serbuan yang dilakukan di pusat perjudian di seluruh negara minggu lalu.

“Syabas STAGG @PDRMsia gempur judi seluruh negara sepanjang minggu lalu. Tangkap 297 orang dan rampas 1,631 unit komputer judi,” kataanya lagi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *