Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sedang menyiasat lebih tiga kes rasuah berprofil tinggi di negeri ini yang melibatkan kerugian jutaan ringgit.

Pengarahnya Datuk Moh Samsudin Yusof berkata siasatan yang masih di peringkat awal itu melibatkan organisasi, individu dan pegawai kanan kerajaan.

“Kes itu membabitkan kesalahan mengganggu hasil kerajaan, merencatkan hasil kerajaan, merugikan kerajaan dan pembangunan yang tidak mengikut peraturan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Anti Rasuah Antarabangsa Peringkat Negeri 2016 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob merasmikan majlis berkenaan.

Moh Samsudin meminta mereka yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan tampil untuk membantu siasatan.

Beliau juga berkata sejak Januari hingga semalam, pihaknya telah membuka 31 kertas siasatan berhubung aduan kes rasuah oleh pelbagai pihak di negeri ini.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 19 kes sudah selasai siasatan manakala baki 12 kes lagi belum disiasat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan menggunakan seni budaya negeri ini seperti dikir barat dan wayang kulit, bagi menyampaikan mesej berkaitan kempen kesedaran anti rasuah kepada masyarakat.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk badan bukan kerajaan dan individu melaporkan kegiatan rasuah supaya tindakan segera dapat diambil.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *