Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > SPRM Serbu Rumah Azeez Rahim

SPRM Serbu Rumah Azeez Rahim

KANGAR, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan ke atas rumah dan pejabat Ahli Parlimen Baling yang juga Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, malam tadi.

Pengarah SPRM Perlis, Mohd Shukor Mahmud, ketika dihubungi hari ini mengesahkan serbuan berkenaan.

“Tindakan oleh SPRM Putrajaya, SPRM Perlis hanya membantu. Saya tidak pasti sama ada Azeez ditahan atau tidak.

“Kes apa beliau disiasat, itu kena rujuk Putrajaya. Kes ini bawah Putrajaya, boleh rujuk Pengarah Kanan (Siasatan),” katanya.

Sementara itu, menurut sumber, serbuan berkenaan adalah untuk membantu siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“SPRM Putrajaya dengan dibantu SPRM Perlis menyerbu rumah dan pejabat di Baling, malam tadi.

“Difahamkan, kes berkenaan dibawa ke Putrajaya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Leave a Reply

Top