MH Online

Laman Suara Rakyat

SPRM Rayu Keputusan Mahkamah Tinggi

SPRM Rayu Keputusan Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu yang menolak saman kerajaan untuk melucut hak wang RM194 juta didakwa berkaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM memaklumkan, rayuan itu akan dikemukakan Jabatan Peguam Negara terhadap empat entiti iaitu UMNO, Wanita MCA, Binsabi Sdn Bhd dan Perano Sdn Bhd.

“Permohonan rayuan akan dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan dalam tempoh terdekat.

“Tempoh rayuan yang diberikan adalah dua minggu dari tarikh keputusan mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 19 Jun lalu, UMNO, Wanita MCA dan dua pihak lagi kekal memiliki semula wang berjumlah RM194 juta yang disita sebelum ini berhubung skandal 1MDB.

Ia berikutan pendakwa raya gagal menggantung pelaksanaan perintah mahkamah sebelum ini yang menolak permohonannya bagi melucut hak wang itu daripada UMNO, Wanita MCA, Binsabi Sdn Bhd dan Perano Sdn Bhd.

Wang itu disita SPRM tahun lalu yang didakwa diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan mempunyai hubung kait dengan skandal 1MDB.