Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > SPRM Komited Perangi Rasuah

SPRM Komited Perangi Rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus memikul tanggungjawab memerangi jenayah rasuah dan salahguna kuasa bagi memastikan pentadbiran kerajaan terus subur dan disanjung tinggi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya juga akan memastikan mereka yang terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa dibawa ke muka pengadilan.

“Saya seluruh warga SPRM menjunjung kasih dan merafak setinggi-tinggi tahniah atas pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XV.

“Kami yakin, pertabalan Seri Paduka Baginda akan merancakkan dan memperkasakan lagi pelaksanaan pentadbiran kerajaan yang bersih daripada anasir rasuah dan salahguna kuasa bagi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mewakili seluruh warga SPRM mendoakan Seri Paduka Baginda dipanjangkan usia, mendapat keberkatan hidup dan mentadbir negara dengan dilimpahi rahmat dan keberkatan.

Sultan Muhammad V ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15, di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Leave a Reply

Top