KUALA LUMPUR, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengkaji jika ada unsur salah guna kuasa, berhubung projek rundingan terus yang diluluskan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Azam Baki, berkata SPRM belum membuka kertas siasatan isu itu kerana bukan mudah untuk mengenal pasti syarikat yang terbabit dengan rasuah dan salah guna kuasa dalam projek berkenaan.
“Jadi, kami masih lagi mengkaji 101 projek ini. Kami tidak boleh memberi komen lanjut,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada forum “Liabiliti Korporat: Adakah Anda Berisiko?” di sini, hari ini.
Pada 24 Ogos lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat mendedahkan mengenai kerajaan PH meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus, ketika memerintah sebelum ini.
Berita lain
Perluaskan Bantuan Beras Ke Seluruh Negara
Telefon Dan WhatApp Mahadzir Khalid Digodam
MTUC Mahu Isu Pekerja Ditamatkan Perkhidmatan Dan Pengangguran Diselesaikan