Pengurus sementara England, Gareth Southgate akan ditawarkan menjadi pengurus sehingga musim Euro 2020 berakhir.

Ketua FA percaya Southgate merupakan individu yang layak untuk memimpin skuad kebangsaan itu menerusi era baharu.

Perbincangan rasmi bermula selepas perlawanan persahabatan antarabangsa antara England dan Sepanyol di Wembley, awal pagi Rabu.

Southgate membantu pasukan dengan dua kemenangan dan satu seri menerusi tiga permainan.

Anak kelahiran Watford, United Kingdom itu mendapat bayaran £750,000 (RM404,400) setahun semasa menjadi pengurus buat skuad England di bawah 21 tahun.

Perbincangan yang diadakan boleh menjangkakan permulaan tawaran bernilai £2 juta (RM10.79 juta) setahun termasuk bonus.

Malah terdapat peluang lagi selepas Piala Dunia 2018 di Rusia bagi membuat penilaian terhadap masa depan Southgate.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *