Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > SOP Kedai Gunting Rambut Diteliti

SOP Kedai Gunting Rambut Diteliti

KUALA LUMPUR, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) berhubung operasi kedai gunting rambut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata persatuan perkhidmatan gunting rambut sudah pun menghantar cadangan SOP itu kepada kerajaan, bagi mengelak penularan COVID-19.

“Kedai gunting rambut ini ada pelbagai kategori. Ada di pusat membeli belah dan ada juga kedai mamak gunting rambut. Jadi SOP ini yang kita mahu perketatkan.

“MKN dan Kementerian Kesihatan masih menelitinya kerana masih ramai yang takut untuk menggunting rambut, yang agak berbahaya kerana penjarakan sosial sukar dilakukan dan membabitkan sentuhan,” katanya pada sidang media di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Leave a Reply

Top