Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Shukri Abdul Dinamakan KP Baru SPRM

Shukri Abdul Dinamakan KP Baru SPRM

Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull dinamakan untuk menerajui badan tersebut menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletak jawatan pada Isnin lepas.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, sini hari ini.

Shukri mengambil keputusan bersara wajib pada 2016 ketika sedang menyiasat kes berprofil tinggi termasuk berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dzulkifli telah diarah melapor diri untuk bertugas di Pejabat Peguam Negara pada Selasa lepas.

Dr Mahathir berkata pelantikan Shukri yang akan memulakan tugas selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, adalah berdasar pengalaman serta maklumat yang beliau perolehi sepanjang berkhidmat dengan suruhanjaya itu.

“Dia mempunyai banyak maklumat dan dia menentang tindakan salah yang dilakukan SPRM serta peranan Datuk Seri Najib yang menghalang siasatan-siasatan. Kita nak tahu secara terperinci apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas pertemuannya dengan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed hari ini di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Dzulkifli yang juga pegawai undang-undang Jabatan Peguam Negara, yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 1 Ogos 2016 hingga 31 Julai 2021 secara pertukaran sementara, kembali bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Leave a Reply

Top