Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Shakira Jelaskan Cukai RM96 Juta

Shakira Jelaskan Cukai RM96 Juta

Bintang Amerika Latin, Shakira terpaksa membayar lebih AS$24.6 juta (RM96 juta) kepada pihak berkuasa cukai di Sepanyol kerana dituduh tidak membayar cukai ketika menetap antara 2011 hingga 2014 di negara itu.

Akhbar harian Catalan daily El Periodico melaporkan, pemenang Anugerah Muzik Colombia itu membuat pembayaran sebagai penyelesaian sebahagian daripada hutang cukai yang dituntut pihak berkuasa cukai Sepanyol untuk tahun 2011.

Jurucakap pejabat pendakwa raya, Jose Miguel Company berkata, pihak berkuasa fiskal memfailkan aduan kepada pendakwa raya di Barcelona menuduh beliau tidak membayar cukai.

Bagaimanapun, sebaik saja tempoh pendakwaan luput pada 2011, aduan rasmi hanya membabitkan tempoh dari 2012 hingga 2014.

Wakil Shakira berkata, sehingga 2014, kebanyakan pendapatan adalah hasil daripada jelajah luar negara dan beliau tidak menetap melebihi enam bulan, setiap setahun sebagai syarat untuk penduduk membayar cukai rasmi di negara itu. – AFP

Leave a Reply

Top