Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Shahidan Calon MB Perlis?

Shahidan Calon MB Perlis?

Oleh : Abdullah Karim

KUALA LUMPUR, Hubungan mesra antara Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Dr. Shahidan Kassim dengan Istana Perlis bukan rahsia lagi. Pemipin politik dan penduduk Perlis amat mengetahui perkara tersebut sehingga ada cakap-cakap mengatakan Shahidanlah yang akan ditunjuk oleh Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail untuk dilantik menjadi Menteri Besar Parlis selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) nanti.

Shahidan, 68, merupakan ahli politik berpengalaman. Pernah mentadbir Perlis bermula pada tahun 1995 sehingga tahun 2008 sebelum diganti oleh Datuk Seri Mad Isa Sabu.

Ahli Parlimen Arau ini, pernah menganggotai beberapa agensi kerajaan Pusat. Antaranya Pengerusi Yayasan MARA, Pengerusi FAMA dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) di Parlimen.

Pada PRU ke 13, Shahidan bertanding di Arau. Pada pertandingan tiga penjuru itu, beliau menewaskan musuh tradisinya iaitu Dato’ Dr Haron Din (kini Arwah) dari PAS dan calon Bebas iaitu Zainuddin Yom.

Beliau memperolehi 19,376 undi, Harun, 18,050 dan Zainuddin, 406. Majoritinya Shahidan ialah 1,372.

Shahidan juga adalah Pengerusi UMNO Perlis serta Ketua UMNO Bahagian Arau.

Ketika di temui di Parlimen baru-baru ini, Shahidan terperanjat apabila namanya dikaitkan bakal Menteri Besar baru Perlis.

Dengan senyuman meleret Menteri itu mengakuai beliau tidak pernah memikirkan soal tersebut sebaliknya akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri di JPM dan Ahli Parlimen Arau.

“Saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti. Biarlah Perdana Menteri yang buat keputusan. Saya akan akur apa sahaja kehendak Datuk Seri Najib (Tun Razak). Kalau beliau minta saya tanding Parlimen saya tanding dan kalau nak suruh saya tanding Negeri (Dewan Undangan Negeri) pun boleh, “ katanya secara ekslusif kepada mhonline.

Ditanyakan di DUN mana beliau hendak diketengahkan sekiranya diberi peluang oleh pucuk pimpinan parti, Shahidan tidak tahu. Sebaliknya dengan nada gembira beliau berkata sebagai orang parti, beliau bersedia bertanding di mana-mana sahaja DUN di Perlis serta mempertahankan Parlimen Arau yang disandangnya sekarang.

Daripada pemerhatian banyak pihak, andai kata Shahidan dipertaruhkan di Dewan Undangan Negeri, kawasan Tambun Tulang. DUN tersebut kini disandang oleh adik beliau iaitu Datuk Ismail Kassim.

Leave a Reply

Top