Anda di sini!
Utama > Sukan > Sevilla Benam Real Betis

Sevilla Benam Real Betis

Sevilla membenam jiran setempat, Real Betis 2-0 ketika La Liga bersambung selepas tiga bulan awal pagi tadi, menjadi liga kedua daripada lima liga utama Eropah kembali bersambung berikutan pandemik COVID-19.

Selepas Bundesliga di Jerman disambung pada 16 Mei, La Liga membuka pintunya buat pemain tetapi bukan penyokong di Ramon Sanchez Pizjuan, ketika saingan tetangga Seville itu berlangsung tanpa penyokong.

Ia adalah perlawanan pertama di liga utama Sepanyol sejak 10 Mac dan berlangsung tanpa sebarang masalah yang menawarkan galakan buat Liga Perdana di England dan Serie A di Itali yang kedua-duanya akan kembali minggu depan.

Lucas Ocampos memberikan pendahuluan buat Sevilla menerusi penalti minit ke-56 dan Fernando Reges menambah gol kedua buat pasukan itu yang kini berkedudukan ketiga liga.

Ini adalah pusingan pertama daripada keseluruhan 39 hari untuk menamatkan La Liga, yang akan menyaksikan pasukan bermain setiap tiga hari untuk lima setengah minggu dan menjalani ujian ketat terhadap kecergasan mereka.

“Saya sentiasa percaya kami boleh kembali bermain,” kata Presiden La Liga, Javier Tebas yang menyatakan semalam bahawa “10 atau 15 peratus” boleh kembali ke stadium sebelum musim ditamatkan pada 19 Julai. – AFP

Leave a Reply

Top