KUALA LUMPUR, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden, mengharapkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya ‘kembali ke pangkal jalan’.

Dalam ucapan hari lahir kepada Mahathir hari ini, Bung juga berharap agar pengerusi Bersatu itu bersara daripada arena politik negara.

“Jadi saya harap Tun M Kena relakslah usia pun dah lanjut…HB Tun M, semoga beliau kembali ke jalan yang sebaik-baiknya dan dia mungkin pertimbangkan untuk bersara ini….untuk kebaikkan beliau juga sebagai seorang negarawan.

“Jadi saya percaya Tun M punya karisma untuk perbetulkan keadaan dan jangan paksa diri untuk teruskan perjuangan yang sia sia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Felcra, di sini hari ini.

Hari ini, 10 Julai 2017 adalah hari lahir Tun Dr Mahathir yang ke-92.

Mahathir yang juga merupakan Penasihat Bersatu lahir pada 10 Julai 1925  dan telah banyak menyumbang kepada negara sepanjang malah hingga kini beliau masih dipandang tinggi oleh masyarakat.

Sempena hari yang cukup bermakna kepada bekas Perdana Menteri ini, orang ramai turut memberikan ucapan mereka menerusi laman Facebook mendoakan kesihatan Mahathir

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *