Sembilan suspek terlibat dalam pertaruhanharam sempena bola sepak Euro 2016 ditahan polis Kedah dalam 14 serbuan menerusi ‘Op Saga IV’ Euro 2016.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Mohd Nashir Ya berkata, kesemua suspek berusia antara 20-an dan 50-an ditahan bermula pada 10 Jun hingga 29 Jun lepas, hasil risikan dan maklumat awam di beberapa tempat di negeri ini.

Katanya hasil serbuan itu pihaknya merampas pelbagai peralatan perjudian seperti telefon bimbit, komputer riba, kelengkapan Internet, slip penyata bank disyaki transaksi pertaruhan dan wang tunai bernilai RM6,475.

Beliau berkata hasil siasatan pada komputer riba yang dirampas mendapatiterdapat laman sesawang yang disyaki menjalankan pertaruhan Euro.

“Hasil siasatan mendapati nilai pertaruhan setiap hari berjumlah RM180,000 dan nilai pertaruhan keseluruhan yang telah dilakukan suspek bernilai RM2.5juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Khamis.

Nashir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Rumah Judi Terbuka1953 yang boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 serta penjara tidak kurang daripada lima bulan.

Sementara itu, katanya polis meminta orang ramai tampil memberi maklumat berkaitan kes samun sehingga menyebabkan kecederaan pada seorang wanita berumur 20-an di Kuala Sungai di sini pada kira-kira 1 tengah hari semalam (29 Jun).

Beliau berkata pihaknya sedang mengesan dua lelaki berusia 20-an dipercayai terlibat dalam kes tersebut yang menyebabkan mangsa patah tulang pipi, retak tulang pada bahagian kening serta mengalami pendarahan dalam kepala.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun sehingga menyebabkan kecederaan pada mangsa.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *