Kesediaan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menyediakan rumah perlindungan bagi wanita dan kanak-kanak di negeri ini, dipersoal apabila kebanyakan kemudahan itu diuruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO).

Ketua pembangkang, Datuk Jahara Hamid, berkata ia susulan hanya ada tiga pusat sedemikian di Pulau Pinang, selepas sembilan tahun pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, tiga kemudahan itu ialah Rumah Perlindungan Sosial yang diselia Majlis Kebajikan Wanita Pulau Pinang; Women Centre fo Change (Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang) dan Pusat Perlindungan Wanita Darul Sakinah (Majlis Agama Islam Pulau Pinang).

“Kenapa selepas sembilan tahun tidak ada sebarang tindakan dilaksanakan kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan yang cukup penting ini?

“Kenapa dibiarkan kepada NGO. Inilah persoalannya, adakah sebarang tindakan positif oleh kerajaan negeri untuk menangani masalah wanita dan kanak-kanak yang berlaku di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengajukan soalan tambahan kepada EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Terdahulu, Chong Eng berkata, tiada rumah perlindungan wanita dibangunkan kerajaan negeri, namun kemudahan itu disediakan dengan kerjasama oleh NGO berkenaan yang mahu memberi kaunseling, perlindungan sementara dan nasihat guaman kepada wanita yang menghadapi krisis peribadi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *