Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Sektor Ekonomi Terpilih Dibuka Berperingkat

Sektor Ekonomi Terpilih Dibuka Berperingkat

KUALA LUMPUR, Beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata beliau memahami ekonomi negara terjejas kerana sekatan yang dibuat terhadap aktiviti perusahaan, perkilangan dan perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Katanya, justeru penting bagi memberi ruang kepada pembukaan beberapa sektor yang terhad.

“Sebuah jawatankuasa khas Kabinet yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ) dan Menteri Kanan Pertahankan (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) diwujudkan untuk meneliti senarai sektor ekonomi yang terpilih untuk dibuka secara berperingkat,” katanya dalam perutusan khas COVID-19 di sini, hari ini.

Muhyiddin menegaskan bahawa pembukaan beberapa sektor yang terhad ini bukan bermaksud kita melonggarkan perintah kawalan pergerakan.

Beliau menjelaskan perintah ini masih berkuatkuasa dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi.

“Jika terdapat pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar peraturan,

kerajaan akan menarik balik kebenaran yang diberikan.

“Senarai sektor ini akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat,” katanya.

Leave a Reply

Top