KUALA LUMPUR, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meminta Ahli Parlimen supaya tidak menimbulkan polemik terhadap keputusannya menangguhkan Dewan Rakyat selama 10 minit semalam.
Beliau berkata, tindakannya itu pernah dilakukan sebelum ini iaitu pada 11 Ogos lalu bagi memberi masa kepada Ahli Parlimen yang berada di bangunan baharu, masuk ke dewan.
“Jadi kita beri peluang semua orang datang ke dewan. Saya tidak dapat apa-apa ‘feedback’ negatif pun dari Ahli Parlimen pada masa itu. Tapi semalam tidak sebegitu. Saya harap perkara ini tidak timbul lagi,” katanya.
Sejak pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di bangunan Parlimen, hanya empat orang termasuk Ahli Parlimen dibenarkan menggunakan lif pada satu-satu masa sebagai langkah mengekang penularan pandemik.
Semalam, beberapa Ahli Parlimen terutama pembangkang membantah tindakan Azhar menangguhkan sidang ketika pengundian belah bahagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Peruntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 belum bermula selepas diluluskannya.
Berita lain
Perluaskan Bantuan Beras Ke Seluruh Negara
Telefon Dan WhatApp Mahadzir Khalid Digodam
MTUC Mahu Isu Pekerja Ditamatkan Perkhidmatan Dan Pengangguran Diselesaikan