Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tekad untuk setia bersama Umno sekiranya ditawarkan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Beliau berkata tidak timbul soal akan berpaling tadah dengan parti pembangkang dan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya adalah ahli Umno, dan saya tidak nampak apa-apa salah dalam parti Umno dan jika terdapat apa-apa yang salah dalam parti, saya akan memberi cadangan, pendapat dalam parti. Saya menerima semuanya di dalam parti,” katanya kepada pemberita selepas membuka Pameran Perdagangan dan Khidmat Berkaitan untuk Artifak Asia di sini Khamis.

Turut hadir Pengerusi Majlis Penasihat Kumpulan Asian Heritage Museum Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Mukhriz.

 Tengku Razaleigh berkata penubuhan parti baharu itu akan menemui jalan sukar kerana ia membabitkan parti pembangkang yang kini jelas sedang berpecah-belah.

Kira-kira 50 artifak dari beberapa negara termasuk China dipamerkan bermula pada Khamis sehingga 14 Ogos di Muzium Warisan Seni, Universiti Malaya.

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan permohonan pendaftaran parti itu di pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya Selasa lepas.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *