Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Saya Minta Maaf Kerana Kayakan Taikun

Saya Minta Maaf Kerana Kayakan Taikun

KUALA LUMPUR, Pendekatan kerajaan merangka dasar fiskal dengan melindungi taikun demi mengatasi kemelut kewangan pada 1997 hingga 1998, adalah bersandarkan matlamat untuk mengekalkan pelbagai kepentingan negara.

Menjelaskan perkara berkenaan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa itu mengambil sikap terbuka dengan mengakui beliau terbabit menggubal pendekatan terbabit.

Perdana Menteri secara terbuka turut memohon maaf kerana tindakan beliau mengatasi krisis kewangan 1997-1998 menguntungkan taikun.

Jelasnya, percaturan yang digambarkan sukar itu terpaksa diambil bagi memastikan aspek pembangunan dan operasi negara ketika mengharungi kemelut kewangan tidak terjejas, sekali gus mengekalkan faktor peluang pekerjaan serta penjanaan fiskal.

“Ya, memang pun cara kita selesaikan krisis menolong taikun di Malaysia. Memanglah baik jika kita tidak menolong taikun dan biarkan mereka serta perniagaan mereka rugi, gagal dan terpaksa ditutup.

“Dengan ini semua kakitangan mereka (yang kaya dan tidak kaya) akan menganggur. Eksport kita akan menurun dan tidak akan ada pengaliran wang asing ke dalam negara kita.

“Kerajaan pula akan hilang cukai korporat dan cukai pendapatan kerana sebahagian besar cukai dibayar oleh taikun. Sebahagian besar daripada dana kerajaan akan hilang, manakala operasi serta pembangunan negara tidak dapat diteruskan.

“Segala infrastruktur tidak dapat dibangunkan,” katanya dalam catatan terbaru di blog rasminya, Chedet.cc, hari ini.

Mengimbau peristiwa yang berlaku 70 tahun lalu, Perdana Menteri berkata, taikun dibunuh dan harta mereka dirampas di beberapa buah negara oleh pemerintah dengan harapan untuk mengaut 100 peratus keuntungan.

Bagaimanapun, tegasnya, Malaysia tidak mengikuti jejak langkah negara terbabit kerana tindakan menghalau keluar semua taikun dan mengakibatkan mereka ‘gulung tikar’ bakal mencetuskan rangkaian impak negatif.

“Kita akan tolong yang bukan taikun saja, tetapi dengan apakah yang kita hendak tolong bukan taikun ini selepas semua taikun tidak dapat bayar cukai. Itu soalannya.

“Dalam keadaan kehilangan cukai terhadap taikun, kita terpaksa mengenakan cukai kepada yang bukan ditakrif sebagai taikun.

“Setelah membayar cukai oleh bukan taikun, mereka akan masuk dalam golongan mereka yang miskin,” katanya.

Leave a Reply

Top