MH Online

Laman Suara Rakyat

‘Saya Hormati Proses Perundangan’

PUTRAJAYA, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menghormati tindakan diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penangkapan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Beliau juga percaya dan yakin ia (tangkapan Najib) dibuat mengikut undang-undang selain mahu membersihkan kes (skandal 1MDB) itu.

“Saya hormati proses perundangan yang dibuat ini,” katanya ketika ditemui media selepas selesai memberi keterangan di SPRM, hari ini.

Ditanya sama ada beliau bimbang sekiranya ada lagi pemimpin UMNO ditangkap berhubung skandal berkenaan, Ahmad Zahid berkata, beliau sentiasa menyokong sebarang siasatan berhubung skandal berkenaan.

“Siasatan yang dibuat itu bertujuan untuk membersihkan imej dan persepsi yang bermain di fikiran rakyat dan ia harus dijelaskan dengan tepat dan berhati-hati.