Anda di sini!
Utama > Sukan > ‘Saya Amat Kecewa’

‘Saya Amat Kecewa’

Tottenham hanya perlu menyalahkan diri sendiri selepas kejutan tewas 1-0 di laman sendiri kepada Newcastle menurut pengurus Mauricio Pochettino, yang enggan menyalahkan penalti lewat permainan yang tidak diberikan kepada pasukan itu.

Jaringan pertama Joelinton buat Magpies memberikan skuad kendalian Steve Bruce kelebihan pada babak pertama dan seterusnya bertahan untuk mendapat mata pertama musim ini.

“Ia mudah (untuk membuat analisis), kami tidak bermain baik. Saya amat kecewa mengenai persembahan kami dan keputusan yang kami terima,” kata Pochettino.

“Sekali lagi kami melepaskan gol mudah pada babak pertama dan kemudian ia menjadi sukar.

“Kami tidak berjaya memecahkan benteng mereka. Kami mencipta beberapa peluang baik tetapi tidak cukup. Kami tidak boleh gembira dengan persembahan kami. Kami perlukan lebih kemahuan, lebih agresif dengan bola.”

Spurs diselamatkan VAR untuk kesudahan seri 2-2 berdepan Manchester City hujung minggu lalu ketika gol juara bertahan itu dibatalkan, sama seperti dilakukan pada suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Bagaimanapun kali ini Tottenham pula berasa kecewa apabila Harry Kane dijatuhkan Jamaal Lascelles dalam kotak penalti namun VAR tidak menolak keputusan awal Mike Dean yang mahu meneruskan permainan. – AFP

Leave a Reply

Top