MH Online

Laman Suara Rakyat

Saudi Perlu Bantu Usaha Martabatkan Umat Islam Sejagat

KUALA LUMPUR, Arab Saudi hari ini diminta supaya turut memberi kerjasama dalam membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam melaksanakan misi bantuan mereka kepada umat Islam.

Menggesa demikian, Pengerusi Pertubuhan NGO Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, ini penting bagi memartabatkan umat Islam sejagat.

Selain itu, katanya, rakyat Malaysia menerusi NGO juga berperanan membantu masyarakat antarabangsa dalam pelbagai isu.

Menurutnya, rakyat Malaysia tidak kira kaum begitu bermurah hati dan prihatin membantu masyarakat antarabangsa khususnya dalam misi kemanusiaan seperti di Palestin dan Syria serta bantuan kemanusiaan Rohingya di Myanmar.

Beliau bercakap pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Kedutaan Arab Saudi, di sini.

Turut hadir Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussein Saeed Qattan.