Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Saudi Dakwa Qatar Halang Rakyatnya Tunai Haji

Saudi Dakwa Qatar Halang Rakyatnya Tunai Haji

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata pihaknya sudah mengambil beberapa langkah bagi memastikan jemaah haji Qatar dapat masuk ke negara itu pada musim haji akan datang.

Ia susulan dakwaan bahawa kerajaan Qatar menghalang rakyatnya daripada menunaikan rukun Islam kelima itu.

Menurut satu kenyataan, pertemuan di antara kementerian berkenaan dan delegasi Qatar bagi membincangkan logistik jemaah dari negara berkenaan bertemu jalan buntu apabila Doha meninggalkan meja rundingan tanpa menandatangani sebarang perjanjian bagi membolehkan rakyatnya masuk ke Arab Saudi.

Tindakan Doha itu memaksa kerajaan Arab Saudi meminta rakyat Qatar untuk menyelesaikan permohonan mereka sebaik saja tiba di Arab Saudi, kenyataan itu menyebut.

Kementerian berkata, pihaknya ada meminta pihak berkuasa yang berkaitan di Qatar untuk membenarkan jemaahnya masuk ke negara itu bagi menunaikan haji kerana Arab Saudi sangat mengalu-alukan jemaah Qatar.

Arab Saudi dalam satu kenyataan turut menolak dakwaan pegawai Qatar bahawa negara itu cuba menyukarkan kemasukan rakyat Qatar ke negara itu. Sebaliknya, kerajaan Arab Saudi memudahkan urusan dengan menyediakan beberapa portal elektronik khusus buat warga Qatar untuk menempah tempat mereka.

Kenyataan itu turut menolak dakwaan Qatar bahawa kerajaan cuba mempolitikkan musim haji. – Agensi

Leave a Reply

Top