Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Saudi Buka Pawagam Pertama 18 April

Saudi Buka Pawagam Pertama 18 April

RIYADH, Arab Saudi akan membuka pawagam pertamanya pada 18 April di Riyadh, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan saluran berita televisyen Al Arabiya pada Rabu.

Sementara itu, Kementerian Penerangan Arab Saudi mengesahkan bahawa sejumlah 350 pawagam dengan 2,500 skrin dijangka dibuka di beberapa bandar raya menjelang 2030.

Langkah itu bertujuan membangunkan sektor hiburan dalam usaha menjadikan ia lebih menguntungkan dan lebih banyak menyumbang kepada ekonomi negara.

Arab Saudi juga merancang membuka 40 pawagam di 15 bandar raya di seluruh negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pihak Berkuasa Hiburan Am Arab Saudi mengumumkan pada Rabu pemeteraian satu perjanjian dengan AMC, syarikat pertama yang diberi lesen untuk mengendali pawagam di negara itu.

Pemberian lesen itu telah diumum di luar kunjungan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, ke Amerika Syarikat (AS).

AMC memiliki pasaran filem terbesar di AS dan merupakan rangkaian pawagam terbesar dunia dengan lebih 2,200 skrin di 244 pawagam di Eropah serta lebih 8,200 skrin di 661 pawagam di AS.

Leave a Reply

Top