MH Online

Laman Suara Rakyat

Sancho Kekal Bermain Untuk Dortmund

Sancho Kekal Bermain Untuk Dortmund

Jadon Sancho terbang bersama Borussia Dortmund untuk latihan pramusim hari ini, pada hari terakhir kelab Bundesliga itu sepatutnya melepaskan pemain sayap England itu berhijrah ke Manchester United sambil kelab Jerman itu mendedahkan mereka menaikkan gaji pemain itu.

“Kami ada perancangan dengan Jadon, dia akan bermain dengan Borussia Dortmund musim depan. Keputusan itu muktamad,” kata pengarah sukan, Michael Zorc di Bad Ragaz, Switzerland.

Zorc juga mendedahkan mereka menaikkan gaji Sancho yang tahun lalu menandatangani sambungan kontrak hingga Jun 2023.

Pemain berusia 20 tahun itu adalah antara bakat terbaik Eropah dan Dortmund, yang menamatkan Bundesliga di tangga kedua musim lalu dan meletakkan tanda harga 120 juta euro (RM591.33 juta) terhadapnya.

Media di Britain minggu lalu melaporkan United semakin hampir mendapatkan bintang itu.

Laporan mengatakan dia akan bersama United memuncak minggu lalu apabila Sancho dilihat berada di sebuah majlis dekat London sebelum pulang ke Dortmund.

Dalam temubual minggu lalu, CEO Dortmund, Hans-Joachim Watzke menolak perpindahan buat Sancho apabila bermulanya kem seminggu mereka di Switzerland.

Semalam, Zorc enggan membincangkan sama ada Dortmund mengadakan perbincangan dengan Manchester United mengenai Sancho. – AFP