Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melaporkan saluran pengisian minyak pesawat pulih sepenuhnya di klia2 selepas selesai semua tiga peringkat pelan pembaikan bagi saluran yang bocor itu.

Peringkat tersebut antaranya melibatkan pembaikan, pengujian dan pengoperasian.

Dalam kenyataan pada Isnin, katanya saluran minyak yang telah dibaiki itu disahkan selamat oleh Sistem Pengisian Minyak Penerbangan Kuala Lumpur (KAFS) melalui pensijilan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

“Dengan selesainya fasa pengujian dan pengoperasian, semua pelan mitigasi seperti memudahkan pengisian minyak di ruang pesawat, ‘bussing’ dan perkhidmatan ‘ambulift’ untuk kemudahan penumpang ditamatkan berkuat kuasa hari ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan yang berkaitan atas kerjasama mereka dalam membantu Malaysia Airports memastikan keselamatan dan kesejahteraan penumpang kami, selain kecekapan operasi di klia2 yang terus menjadi keutamaan kami,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *