Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Salt Nikotin 70 Peratus?

Salt Nikotin 70 Peratus?

Pod, semakin popular dikalangan ‘vaper’ sebagai inisiatif untuk mereka berhenti merokok menggunakan pod dengan pelbagai rekaan sama ada rekaan terbuka atau rekaan tertutup.

Penggunaan pod dikatakan mampu memberikan nikotin yang mencukupi kepada perokok dan ‘vaper’ tegar, pod menggunakan salt nikotin dengan pelbagai perisa yang mengandungi kadar nikotin yang tinggi bermula 25 peratus sehingga 50 peratus, ianya cukup kepada perokok tegar yang merokok antara 10-20 batang sehari.

Namun, dalam keghairahan ini ada di kalangan pembuat perisa atau dipanggil ‘brewers’ yang inginkan keuntungan segera membuat perisa salt nikotin dengan kadar sehingga 70 peratus.

Seperti yang kita sedia maklum pengambilan kadar nikotin yang berlebihan boleh merosakkan sistem dalaman dan tidak baik untuk kesihatan, namun ada sesetengah dari ‘brewers’ ini seolah-olah degil dengan saranan kementerian kesihatan dan kerajaan.

Kalangan pengguna yang masih baru sudah tentu kurang ilmu dan pengalaman, pekedai yang sudah memborong perisa yang mengandungi nikotin tinggi sudah tentu akan ‘push’ pembeli untuk membeli perisa yang tinggi kadar nikotinya kerana mahu menghabiskan barang jualannya dan kesan akhir adalah kepada pengguna.

Diharap ‘brewers’ berhati-hati selepas ini sebelum membuat sesuatu perisa kaji baik dan buruknya kepada pengguna sebelum anda membuat dan memasarkan produk anda dipasaran.

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

 

Untuk tujuan pengiklanan boleh email kepada hi@mhonline.com.my.

 

One thought on “Salt Nikotin 70 Peratus?

Leave a Reply

Top