Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak akan berbincang dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berhubung isu pengasingan kategori berdasarkan bahasa pada Festival Filem Malaysia (FFM) tahun ini.

Salleh yang ketika ini di Tawau bagi pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini berkata, beliau akan meneliti perkara itu sekembalinya pulang ke Kuala Lumpur pada Isnin.

“Saya telah berhubung dengan ketua pengarah Finas dan akan berbincang dengan beliau bila saya balik,” kata Salleh ketika dihubungi pada Sabtu.

Filem-filem seperti OlaBola, Jagat dan The Kid From The Big Apple tidak dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Terbaik pada FFM.

 Sebaliknya, filem-filem popular itu dicalonkan dalam kategori bukan Bahasa Malaysia untuk Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman menjelaskan bahawa keputusan pengasingan kategori itu dibuat berdasarkan bahasa hanya bersifat sementara dalam menitikberatkan kepelbagaian yang ada pada industri perfileman negara.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *