MH Online

Laman Suara Rakyat

RUU Baru Akan Dibentang Esok

Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2016 (Akta 164) akan dibentang esok.

Kerajaan telah menggunakan Peraturan Mesyuarat 62 untuk menarik semula Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2016 (Akta 164).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pindaan ini dibuat agar tidak berlaku percanggahan dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip doktrin stare decisis dimana keputusan Mahkamah tertinggi terhadap pentafsiran Fasal (4) Perkara 12 adalah terikat.

“Bagaimanapun, kerajaan telah meminda Rang-Undang-Undang tersebut untuk dibacakan kali pertama dan dibahaskan dalam sidang kali ini dengan mengugurkan Fasal 88A.

“Notis pemberitahuan terhadap RUU yang baharu telah dihantar kepada Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, kerajaan berharap semua pihak mengambil perkara ini secara positif demi memelihara prinsip kemajmukan bangsa dan agama dalam kalangan rakyat di negara ini.

Katanya, semua pihak diharap menyokong RUU baharu ini dan menegaskan agar isu ini tidak dipolitikkan.