Share on Facebook

Moscow semalam menyelar polisi baharu nuklear ‘agresif anti Russia’ Amerika Syarikat sambil memberi amaran bahawa negara itu akan mengambil langkah perlu demi menjamin keselamatannya.

“Sifat agresif dan anti Russia di dalam dokumen ini adalah jelas,” kata Kementerian Luar Russia dalam satu kenyataan sambil menambah ia perkembangan yang amat mengecewakan.

“Pendekatan baharu mengenai dasar nuklear Washington diambil kira dan beberapa langkah, perlu diambil untuk menjamin keselamatan kami,” kata kementerian itu.

Jumaat lalu, Pentagon mendedahkan rancangan memperbaharui simpanan senjata nuklearnya sebahagian besarnya sebagai tindak balas terhadap tindakan Russia sejak beberapa tahun lalu.

Amerika Syarikat sudah mempunyai simpanan senjata nuklear besar termasuk 150 unit bom nuklear B-61 yang disimpan di beberapa negara Eropah. Ia boleh diubah menjadi bom nuklear dengan kesan serangan lebih kecil.

Senjata baharu dalam perancangan Pentagon itu mungkin boleh dilancarkan dari kapal selam atau kapal, justeru ia tidak perlu ditempatkan di Eropah. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *