Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Rugi Lebih RM200 Ribu Ditipu ‘Ejen FBI’

Rugi Lebih RM200 Ribu Ditipu ‘Ejen FBI’

SEREMBAN, Bukan sekali, malah wanita warga emas ini pernah ditipu sindiket macau scam pada 2014 dan mengalami kerugian mencecah RM180,000.

Sindiket licik itu menggunakan ‘sejarah’ wanita berusia 60 tahun berkenaan untuk memutarbelitkan cerita dan membuatkan pesara doktor itu sekali tertipu membabitkan kerugian RM281,748, bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, mangsa dihubungi seorang wanita yang mengaku ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Ogos lalu dan mahu membantu mangsa untuk mendapatkan kembali wang yang pernah ditipu sindiket sebelum ini.

“Mangsa menerima emel dari Denmark memaklumkan akan dibantu untuk mendapatkan kembali wang rampasan miliknya. Mangsa dimaklumkan wang berkenaan kini berada di dalam akaun sebuah bank di United Kingdom dan Denmark.

“Kemudian mangsa menerima emel daripada dua wanita mengaku dari pihak bank di Denmark yang mahu membuat pengesahan sama ada wang berkenaan miliknya. Perkara ini membuatkan mangsa percaya dengan taktik sindiket,” dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata, bagaimanapun, mangsa diminta untuk membuat pembayaran kira-kira RM9,000 bagi mengaktifkan akaun berkenaan untuk proses pemindahan wang sebelum membuat pembayaran pada 27 September lalu.

“Namun, mangsa kemudian diminta untuk mendapatkan kod TPN bernilai RM13,000 sebelum memindahkan wang berkenaan pada 30 September.

“Namun, mangsa dimaklumkan perlu mendapatkan sijil pelepasan penggubahan wang haram dari Brazil dengan nilai RM60,000.

“Wanita itu memindahkan RM10,000 berkenaan pada 1 Oktober dan RM50,000 pada 2 Oktober. Bagaimanapun, wang berkenaan masih gagal dipindahkan ke akaunnya sebelum dimaklumkan ia sebenarnya sudah dipindahkan ke satu akaun di Sabah.

“Mangsa sekali lagi diminta menjelaskan RM150,000 untuk memindahkan wang berkenaan dari Sabah ke akaunnya sebagai caj bank. Wanita membuat pembayaran pada 3 dan 4 Oktober.

“Sekali lagi sindiket meminta mangsa membayar RM80,000 untuk sebagai cukai. Namun mangsa enggan melakukannya sebelum sindiket mula memarahi mangsa sebelum mula menyedari dia ditipu,” katanya.

Aibee berkata, pesara itu membuat laporan semalam dan pihaknya membuka siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Top