Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > RTM Nafi Laporan KP Amalkan Pilih Kasih Dalam Pemilihan Bahan Penerbitan

RTM Nafi Laporan KP Amalkan Pilih Kasih Dalam Pemilihan Bahan Penerbitan

KUALA LUMPUR, Susulan daripada laporan yang disiarkan oleh mhonline semalam, berikut adalah penafian dari pihak Jabatan Penyiaran Malaysia.

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) ingin merujuk kepada laporan berita yang disiarkan oleh sebuah portal dalam talian pada 5 Jun 2020 adalah tidak benar dan fitnah.

RTM ingin menegaskan bahawa proses perolehan rancangan-rancangan RTM termasuk bahan kategori ‘syndicated’ dan swasta adalah mematuhi
prosedur (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) dan diputuskan oleh Jawatankuasa yang dilantik.

RTM sentiasa mengamalkan integriti yang tinggi dan telus dalam setiap keputusan dan tindakan.

RTM merasa sangat kesal dengan paparan tersebut kerana telah mencemarkan nama baik perkhidmatan awam yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Leave a Reply

Top