MH Online

Laman Suara Rakyat

Rosyam Hanya Layak Jadi Juri Maharaja Lawak Mega?

Oleh : Zabidi Saidi

Memalukan kejadian di rumah PM dua malam lepas apabila meletus kejadian yang di luar dugaan di majlis dialog PM dengan  penggiat seni.

Ia berpunca dari ketidakadilan moderator, Rosham Noor yang tidak beri peluang kepada artis di sebelah belakang bertanya soalan kepada PM.

Tindakan penerbit filem David Teo merampas mikrofon dari Rosham Noor bukanlah tindakan yang baik tetapi ketidak adilan Rosyam Noor menyebabkan David Teo bertindak di luar dugaan.

Sepatutnya Rosham Noor beri peluang kepada David Teo bertanya soalan kepada PM. Lebih memalukan Mat Over datang dari arah depan terus menampar David Teo, tindakan menampar bukannya tindakan yang sopan walaupun David Teo dianggap kurang sopan di majlis PM.

Mat Over orang Hulu Terengganu. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi Media yang turut hadir dalam majlis tersebut juga ahli parlimen Hulu Terengganu. Orang salah tafsir kononnya timbalan menteri yang arah Mat Over bertindak walaupun Mat Over bertindak sendirian untuk menjadi hero dalam majlis tersebut.

Rosham Noor setakat jadi juri Maharaja Lawak Mega bolehlah. Nak jadi moderator majlis PM untuk mengawal audien masih jauh. Maka adalah satu kesilapan majlis tersebut dimoderatorkan oleh Rosham Noor.

Apa yang berlaku nampak dalam industri seni pun ada rasis kerana David Teo tidak diberi peluang bertanya soalan. Walaupun David Teo dan Mat Over sudah bermaaf maafan di hadapan PM tetapi parut takkan hilang.

Oleh itu di masa akan datang janganlah cari moderator yang tangkap muat sahaja. Carilah moderator profesional yang beri peluang kepada semua orang bertanya soalan.