MH Online

Laman Suara Rakyat

Ronaldo Bakal Ke Barcelona?

Ronaldo Bakal Ke Barcelona?

Cristiano Ronaldo dilaporkan turut ditawarkan kepada Barcelona dalam perpindahan mengejut untuk bergandingan bersama seterunya, Lionel Messi.

Walaupun memecah rekod jaringan dan merangkul satu lagi gelaran Serie A, musim bintang Juventus itu berakhir dengan kekecewaan.

Kekalahan pada Supercoppa Italiana dan final Coppa Itali diburukkan lagi apabila mereka tersingkir dari Liga Juara Juara di tangan Lyon.

Keputusan itu menyaksikan Maurizio Sarri dipecat dan media Itali, Corriere dello Sport mendakwa Ronaldo juga sedang mempertimbangkan masa depannya.

Pakar bola sepak Sepanyol, Guillem Balague membuat kenyataan sensasi apabila menyatakan kepulangan ke La Liga boleh menjadi pilihan buat Ronaldo.

Dia memberitahu BBC Radio 5 Live ‘punca kenapa Cristiano Ronaldo dikaitkan ke PSG adalah bukan kerana PSG berfikir untuk mendapatkannya tetapi Jorge Mendes diberi arahan untuk mencari pasukan buat Ronaldo.’

“Kita menyaksikan beberapa bulan ini, dia dikaitkan ke Real Madrid tetapi mereka menyatakan dia tidak akan kembali.

“Dan ada khabar angin dia ke MLS kerana Juventus tidak mahu lagi membayar gajinya. Ia satu keputusan drastik apabila dia ditawarkan ke mana sahaja termasuk Barcelona.

“Saya tidak rasa mereka mudah untuk membuangnya dengan gaji yang diterimanya ketika ini – 23 juta euro (RM125 juta) – itu yang diperolehnya di Real Madrid dan saya rasa dia menerima jumlah sama di Juventus.

“Siapa yang akan membayar gaji sebegitu?”- AGENSI