MH Online

Laman Suara Rakyat

Ronaldinho Boleh Dibebaskan

Ronaldinho Boleh Dibebaskan

Legenda Brazil, Ronaldinho boleh dibebaskan pada 24 Ogos selepas lima bulan ditahan dekat Paraguay kerana menggunakan passport palsu kata sumber kehakiman kepada AFP hari ini.

Bekas bintang Barcelona, AC Milan dan Paris Saint-Germain itu ditahan bersama abangnya, Roberto de Assis Moreira pada 6 Mac dan didakwa memasuki Paraguay menggunakan passport palsu.

Mereka dihukum penjara sebelum membayar $1.6 juta (RM6.72 juta) dan dikenakan tindakan tahanan rumah di Hotel Palmaroga dekat ibu kota Paraguay, Asuncion.

Hakim Gustavo Amarilla menetapkan 24 Ogos untuk mendengar kes berkaitan adik beradik itu.

Pendakwaan sudah menghantar cadangan kepada hakim yang akan menyaksikan Ronaldinho, 40, dikenakan denda $90,000 (RM377,955) untuk “memperbaiki kerosakan imej” tapi dibenarkan pulang ke Brazil di mana dia perlu hadir di mahkamah setiap tiga bulan sepanjang setahun.

Ronaldinho menafikan dia tahu bahawa passport itu palsu.

Abangnya yang didakwa tahu bahawa passport itu palsu, perlu membayar denda $110,000 (RM461,945) dan tampil di mahkamah setiap tiga bulan sepanjang tempoh dua tahun. – AFP