Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Rombakan Kabinet Minggu Hadapan?

Rombakan Kabinet Minggu Hadapan?

Oleh : Abdullah Karim

KUALA LUMPUR, Rombakan kabinet akan dilakukan pada minggu hadapan.

Rombakan kali pertama ini setelah mengangkat sumpah pada 9 Mei lalu bakal menyaksikan beberapa menteri akan digugurkan. Seorang menteri besar akan menganggotai kabinet baru ini bagi menggantikan menteri kanan yang menghadapi masalah kesihatan.

Itulah cakap-cakap yang berlegar di kalangan ahli- ahli parlimen yang sedang menghadiri sidang parlimen kali ini.

Seorang ahli parlimen yang enggan namanya disiarkan berkata prestasi beberapa menteri yang kurang memberansangkan antara sebab kabinet tujuh bulan ini dirombak.

Ia sejajar dengan sikap kurang senang Perdana Menteri mengenai prestasi beberapa menteri yang dilantik beliau pada Mei lepas.

Penampilan beberapa ahli parlimen baru terutama sekali yang ada pengalaman ataupun sudah bergelar Ahli Parlimen sepenggal atau dua penggal bakal diketengahkan untuk memperkukuhkan kabinet pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri.

Terdengar cakap-cakap mengatakan antara menteri yang bakal digugurkan termasuklah Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek dan Menteri Pembanguan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang semua sedia maklum mengalami masalah kesihatan dijangka mengundur diri secara sukarela.

Dikhabarkan juga tempat beliau diambil oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tempat Mukhriz bakal diisi oleh Datuk Johari Abdul.

Ahli Parlimen ini bagaimanapun menafikan khabar angin bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berpindah ke Kementerian Pendidikan.

Beliau juga tidak tahu menahu mengenai cakap-cakap mengatakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed bakal menggantikan Azmin di kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

“Saya tak berani komen mengenai kemasukan Tok Pa dalam kabinet ini. Bagi saya benda ini tak akan berlaku kerana apa kerana ramai ahli PH yang berwibawa bagi dibawa masuk dalam kabinet,” katanya.

Leave a Reply

Top