Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Roger Torrent Calon Presiden Catalan

Roger Torrent Calon Presiden Catalan

Ahli Parlimen Catalan mencadangkan pemimpin pemisah yang ketika ini ditahan susulan tindakan keras Sepanyol, sebagai calon presiden rantau itu, kata Parlimen.

Jurucakap Parlimen wilayah yang dikawal pemisah, Roger Torrent dalam satu kenyataan secara rasmi mencadangkan Jordi Sanchez, 53, sebagai calon.

Sanchez dianggap mempunyai sedikit peluang untuk mengambil alih jawatan itu sejak berada dalam tahanan tahun lalu, kerana dituduh cuba menghasut.

Beliau juga calon pilihan utama selepas bekas presiden Catalan, Carles Puigdemont yang masih hidup dalam buangan di Belgium. Puigmdemont digugurkan dalam usaha untuk memecahkan kebuntuan politik.

Ketika ketiadaan Puigdemont, Parlimen berkata Sanchez adalah calon yang paling banyak mendapat sokongan.

Sanchez adalah bekas ketua Dewan Negara Catalan, kumpulan sivil pro-kemerdekaan yang kuat.

Tekanan pemisah menuntut kemerdekaan memaksa Sepanyol berdepan krisis politik tahun lalu.

Keadaan itu, memaksa kerajaan Sepanyol mengambil alih pentadbiran wilayah itu pada 27 Oktober tahun lalu, sebaik saja Parlimen Catalan mengisytiharkan kemerdekaan.

Pentadbiran langsung itu masih berkuat kuasa sehingga wilayah itu memilih presiden baharu.

Madrid berikrar untuk mempertahankan wilayah itu daripada sebarang usaha untuk memisahkannya daripada Sepanyol. – AFP

Leave a Reply

Top