Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > RM500K Untuk Yayasan Alumni Belia Malaysia

RM500K Untuk Yayasan Alumni Belia Malaysia

KUALA LUMPUR, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini mengumumkan sumbangan awal RM500,000 untuk menggerakkan Yayasan Alumni Belia Malaysia.

Beliau berkata peruntukan awal kepada yayasan yang bakal diluluskan dan dilancarkan dalam masa terdekat itu adalah untuk menampung kos perubatan dan kebajikan bekas-bekas pemimpin dan aktivis belia yang kini terlantar sakit atas faktor usia dan sebagainya.

“Saya harap dana yang saya salurkan kepada yayasan ini akan disalurkan untuk kos-kos kebajikan pemimpin dan bekas pemimpin belia.

“Saya difahamkan ada antara mereka yang tidak ada liputan insurans dan terpaksa mencari dana untuk membiayai rawatan dan kos rumah sakit,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Turut hadir isteri timbalan perdana menteri, Datin Seri Hamidah Khamis dan Presiden Alumni MBM, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Leave a Reply

Top