Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > RM5.62 Juta Bantu Lembaga Pelawat Hospital Seluruh Negara

RM5.62 Juta Bantu Lembaga Pelawat Hospital Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, Kementerian Kesihatan mengagihkan peruntukan berjumlah RM1.34 juta kepada Lembaga Pelawat Hospital dan sejumlah RM4.28 juta kepada Panel Penasihat Klinik Kesihatan di seluruh negara bagi membolehkan pihak berkenaan melaksanakan aktiviti berkaitan kesihatan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pada masa ini terdapat 134 hospital di seluruh negara mempunyai Lembaga Pelawat Hospital dan kesemua 856 klinik kesihatan mempunyai Panel Penasihat Klinik Kesihatan.

“Setiap Lembaga Pelawat Hospital masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM10,000 manakala Panel Penasihat Klinik Kesihatan masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM5,000.

“Kita amat menghargai khidmat yang diberi oleh Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan yang selama ini menjadi penghubung antara hospital dan klinik dengan masyarakat,” katanya selepas majlis Ramah Mesra Bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini pada selasa.

Beliau berkata setakat ini terdapat kira-kira 15,000 Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan kira-kira 2,700 Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan di seluruh negara.

Menurut beliau, antara fungsi Ahli Lembaga Pelawat Hospital adalah membantu memberi penerangan kepada orang awam mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan pihak hospital.

Leave a Reply

Top