Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > RISDA Malaysia Rai Anak Yatim

RISDA Malaysia Rai Anak Yatim

KUALA LUMPUR, Seramai 30 orang penghuni daripada rumah anak yatim sekitar ibu kota diraikan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada Majlis Iftar anjuran agensi kerajaan itu malam tadi.

Majlis lebih bermakna apabila Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang menjaga portfolio RISDA, Dato’ Seri Azmin Ali turut hadir untuk menyampaikan sumbangan hari raya kepada mereka.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu turut melapangkan masa mengunjungi setiap meja penghuni daripada tiga rumah anak yatim iaitu Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia, Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah dan Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang.

Turut diraikan ialah 77 kakitangan RISDA apabila diberikan sagu hati oleh agensi kerajaan itu.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi RISDA, Haji Rosely Kusip dan Ketua Pengarahnya, Dato’ Wan Ahmad Shabri Zainuddin Wan Mohamad.

Juara Majlis Tilawah Al Quran Kebangsaan tahun 2012 iaitu Ustaz Muhammad Anuar Ghazali dan pemenang tahun 2016 iaitu Ustaz Mohd Mawardi Jamaluddin memperdengarkan bacaan ayat suci Al Quran. Tidak ketinggalan Mohamad Aqil Khair Fairos iaitu juara rancangan tahfiz muda Astro Oasis turut mempedegarkan bacaan Al Quran.

Menurut salah seorang kakitangan RISDA, macam ini merupakan majlis tahunan agensi kerajaan itu.

Ia merupakan satu tanggungjawan sosial korporat (CSR) badan berkenaan untuk meraikan mereka kurang berkemampuan dan membantu anak yatim yang akan meraikan hari raya tidak lama lagi.

Leave a Reply

Top