Ahli Strategi Pasaran Axi Trader Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata, permintaan terhadap dolar AS merosot apabila pelabur beralih minat kepada yuan China serta aset berisiko lain termasuk mata wang ASEAN, yang memperoleh tarikan susulan berita AS dan China yang akan kembali ke meja perundingan, merupakan faktor yang melegakan mereka. Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0211/0258 daripada 3.0224/0254 pada Selasa, namun rendah berbanding pound Britain kepada 5.1500/1565 daripada 5.1387/1432.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8747/8805 daripada 3.8852/8891 namun rendah sedikit berbanding euro kepada 4.6066/6125 daripada 4.6062/6099.