Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila minat pelabur beralih kepada dolar susulan data sektor perkilangan AS yang kukuh, kata peniaga.Pada jam 6 petang, unit tempatan didagangkan pada 4.4960/4990 berbanding dolar AS daripada 4.4900/4950 pada Selasa.Peniaga berkata, pelabur juga bimbang berhubung unjuran kenaikan kadar faedah AS tahun ini.“Sejak November, unit tempatan serta mata wang lain di Asia susut apabila pulangan bon AS dan dolar AS meningkat disebabkan faktor cadangan dasar ekonomi dan perdagangan negara itu oleh Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat yang baharu dilantik.Berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangkan rendah. Unit tempatan susut berbanding yen kepada 3.8202/8231 berbanding 3.7990/7058 semalam dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1099/1126 daripada 3.0951/0991.Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila minat pelabur beralih kepada dolar susulan data sektor perkilangan AS yang kukuh, kata peniaga.

Ia juga lemah berbanding pound British kepada 5.5197/5239 daripada 5.5169/5248 sebelumnya, namun mengukuh berbanding euro kepada 4.6929/6974 daripada 4.6700/6761 pada Selasa.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *