Anda di sini!
Utama > Ekonomi > Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen pelabur yang bertambah baik dengan dolar AS juga lemah berbanding mata wang serantau.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan didagang pada 4.2645 / 2685 berbanding dolar AS 4.2690/2720 pada Rabu.

Peniaga berkata, ringgit meningkat atas permintaan komersial dan jangkaan data yang lebih baik mengenai ekonomi tempatan pada minggu ini – statistik perdagangan luar dan rizab asing Bank Negara.

Nota tempatan didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain kecuali yen.

Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.1444 / 1493 daripada penutup sebelumnya pada 3.1482 / 1514, meningkat berbanding pound kepada 5.5110 / 5187 daripada 5.5168 / 5220 minggu lalu dan meningkat berbanding euro kepada 5.0752 / 0804 daripada 5.1010 / 1063 sebelumnya.

Berbanding yen, ringgit melemah kepada 3.8927 / 8971 daripada 3.8837 / 8882 Rabu lalu.

Bank dibuka hari ini dan peniaga asing kembali selepas cuti panjang sempena sambutan Hari Kebangsaan, Aidiladha dan cuti umum khas yang diisytiharkan untuk 4 September berikutan prestasi cemerlang Malaysia pada Sukan SEA 2017.

Leave a Reply

Top