Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Ribuan Penyokong Iringi Calon Sabak Bernam

Ribuan Penyokong Iringi Calon Sabak Bernam

Tiga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sabak Bernam serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar dan Sabak, tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Tun Razak, di sini, jam 8.28 pagi ini.

Ketibaan calon Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh, Rizam Ismail (DUN Sungai Air Tawar) dan Sallehuddin Mohd Iskan (DUN Sabak) yang memakai baju Melayu berwarna biru turut diiringi hampir 4,000 penyokong.

Bacaan selawat turut mengiringi sepanjang perjalanan calon dari Bangunan UMNO Bahagian Sabak Bernam ke pusat penamaan sejauh 200 meter.

Sementara itu, calon PAS dan Pakatan Harapan (PH) tiba serentak bersama 1,000 penyokong masing-masing, jam 8.50 pagi.

PAS yang diwakili Muhammad Labib Abd Jalil (Parlimen Sabak Bernam), Zamri Yahya (DUN Sungai Air Tawar) dan Sallehen Mukhyi (DUN Sabak) masuk ke pusat penamaan pada jam 8.55 pagi.

Ia diikuti calon PH, Datuk Warno Dogol (Parlimen Sabak Bernam), Mohd Hamizar Sulaiman (DUN Sungai Air Tawar) dan Ahmad Mustain Othman (DUN Sabak).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sabak Bernam, Mohd Faizul Fitri Muslil mengumumkan tempoh serahan kertas calon ditutup jam 10 pagi ini.

Leave a Reply

Top