Anda di sini!
Utama > Ekonomi > RHB Kekal Saranan ‘Beli’ Saham TM

RHB Kekal Saranan ‘Beli’ Saham TM

RHB Research Institute Sdn Bhd hari ini mengekalkan saranan ‘beli’ saham Telekom Malaysia Bhd (TM) dengan harga sasarah lebih rendah iaitu RM6.80 berbanding RM7.30, selepas syarikat telekomunikasi itu mengumumkan perolehan dan mengemaskini kedudukan hutang bersihnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2017.

RHB Research Institute Sdn Bhd menerusi satu nota penyelidikannya hari ini berkata, persaingan lebih sengit daripada yang dijangkakan, pelaksanaan serta aspek perkembangan pengawalseliaan negatif merupakan risiko utama yang dihadapi oleh TM.

“Bagaimanapun, TM tetap kekal sebagai dedahan syarikat telekomunikasi domestik pilihan kami dengan gabungan kesalinghubungan talian tetap dan mudah alih serba kukuh yang turut memacu strategi penyepaduan dua elemen berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) pula mengekalkan saranan ‘pegang’ terhadap TM dengan harga sasaran tidak berubah pada RM6.

“Kami merendahkan unjuran pendapatan tahun kewangan 2019/2019 lebih rendah sebanyak 3.0/6.0 peratus,” katanya.

Selain itu, Public Investment Bank Bhd pula mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap saham TM dengan harga sasaran tidak berubah pada RM6.

Malah, langkah syarikat itu mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 12.1 sen sesaham juga seiring dengan jangkaan firma penyelidikan berkenaan.

“Unjuran pendapatan bagi tahun kewangan 2017-2019 kami kekal sama manakala bagi 2018 petunjuk prestasi utama pengurusan bagi pertumbuhan perolehan ditetapkan pada 3.5 peratus sehingga 4.0 peratus manakala pendapatan sebelum cukai dan pertumbuhan cukai pula kekal pada paras tahun kewangan 2017,” katanya.

TM mencatat pendapatan sebanyak RM929.75 juta bagi tahun kewangan 2017 iaitu peningkatan sebanyak 19.8 peratus daripada RM776.03 juta pada tahun sebelumnya manakala perolehannya menokok 0.2 peratus kepada RM12.08 bilion daripada RM12.06 bilion.

Pada 10.58 pagi ini, saham-saham TM susut empat sen kepada RM5.99 dengan sejumlah 98,800 saham saling berpindah tangan.

Bernama

Leave a Reply

Top