Share on Facebook

KUALA LUMPUR, Seorang remaja berumur 17 tahun tidak sempat menikmati hasil samun apabila ditahan sejurus melakukan jenayah itu di sebuah kedai serbaneka tempat dia bekerja di Damansara Damai dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9.15 malam itu, remaja lelaki berkenaan masuk ke stor dan berbual dengan rakan sekerjanya berusia 24 tahun yang sedang mengira wang.

Remaja berkenaan kemudian memukul wanita itu dengan sebatang besi lalu mengambil wang berjumlah kira-kira RM10,000 sebelum cuba melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata suspek kemudiannya ditahan oleh orang awam sebaik keluar dari stor berkenaan.

“Pekerja wanita itu cedera di kepala dan badan. Polis turut merampas besi yang digunakan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ujian saringan ke atas suspek yang berasal dari Jertih, Terengganu itu didapati negatif dadah dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *