MH Online

Laman Suara Rakyat

Real Akhiri Liga Dengan Keputusan Seri

Real Akhiri Liga Dengan Keputusan Seri

Juara baharu La Liga, Real Madrid mencicirkan mata buat pertama kali sejak musim kembali bermula dengan keputusan seri 2-2 sebentar tadi, namun tidak cukup untuk menyelamatkan Leganes daripada penyingkiran.

Leganes yang perlu menewaskan Madrid dan berharap Celta Vigo gagal menang mengatasi kelab terbawah, Espanyol, hampir mencipta kejutan tetapi gagal menemui kemenangan di Butarque.

Keputusan seri itu bermakna Madrid menyerahkan rekod sempurna 11 kemenangan daripada 11 perlawanan sejak bola sepak Sepanyol kembali daripada perintah berkurung ketika Karim Benzema hanya kurang sedikit berbanding Lionel Messi bagi memburu kasut emas.

Gareth Bale langsung tidak tersenarai dalam skuad Madrid yang juga mungkin perlawanan terakhir La Liga buatnya.

Messi sebelum itu menjaringkan dua gol ketika menang 5-0 mengatasi Alaves, cukup buatnya meraih trofi ketujuh ‘Pichichi Trophy’ dan memberikan Barcelona suntikan semangat untuk saingan pusingan kedua kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara berdepan Napoli bulan depan.

Dua gol itu memberikan Messi 25 gol dalam liga dan empat di depan Benzema, yang gagal menemui jaringan berdepan Leganes, dengan Sergio Ramos dan Marco Asensio menemui sasaran.- AFP