Range Rover SE Vogue 4.4 V8 milik William yang berharga £71,295 (RM370,183.83) bagi model baru itu gagal untuk mencapai harga tempahan bernilai £75,000 (RM389,357.97) apabila kereta itu cuma menerima bidaan tertinggi berjumlah £49,970 (RM259,416.23).

Nathaniel Comer daripada badan amal Dunia Ketiga bernama Sunscreen IT, telah membeli kenderaan pacuan empat roda mewah tersebut pada April lalu dan berniat untuk menjualnya bagi mengumpulkan wang untuk didermakan kepada pertubuhan amal itu.

Kereta itu pertama kali mencuri perhatian ramai apabila William dilihat memandu Range Rover itu ke Hospital St. Mary di London untuk membawa pulang isterinya Kate Middleton yang baru sahaja melahirkan anak sulung mereka, Putera George, pada 22 Julai 2013.

Pada masa itu, Ketua Editor Auto Trader, Jon Quirk, mengatakan: “Range Rover sejak sekian lama telah dianggap sebagai kenderaan mewah terunggul dan cirinya yang lasak menjadikan kenderaan ini pilihan yang tempat bagi keluarga DiRaja ini.

“Bagaimanapun, dengan dua orang anak dan reputasi DiRaja yang perlu dijaga, mungkin kini Putera William sudah boleh beralih kepada Bentley Bentayga sebagai kenderaan keluarganya – satu jenama yang juga amat diperkenan oleh nendanya.”

Wang hasil penjualan kereta itu turut akan disumbangkan kepada badan amal kesihatan mental, Stand Down.

Kenderaan elit pacuan empat roda itu didatangkan dengan sistem brek anti-kunci (ABS) dan ciri-ciri istimewa lain seperti kawalan stabiliti dan pembantu brek kecemasan.

William dikatakan mempunyai koleksi kereta mewah yang besar termasuklah sebuah Bentley Flying Spur, Audi R8 adan Jaguar XJ.

Range Rover itu telah dihadiahkan kepada William dan Kate oleh jabatan VIP pembuat kereta tersebut.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *