Anda di sini!
Utama > Hiburan > Ramli MS Tidak Profesional Dan Kurang Ajar?

Ramli MS Tidak Profesional Dan Kurang Ajar?

Oleh : Hidayat Fansyuri

Malam ahad lalu berlangsung konsert Gegar Vaganza musim ketiga minggu ke empat di auditarium MBSA Shah Alam.

Seperti musim yang sebelumnya Gegar Vaganza tidak sunyi daripada kontroversi sama ada dari pihak penaja, produksi mahupun para peserta begitulah juga untuk musim ketiga ini.

Beberapa orang peserta yang menjadi tumpuan untuk musim ketiga ini antaranya Elly Mazlein, Zarul Umbrella, Azharina dan Siti Sarah.

Paling menyerlah setiap minggu adalah Zarul dengan penampilan kemas dan suara yang mantap tidak kurang juga Azharina dan Siti Sarah.

Elly Mazlein pula sejak minggu pertama lagi mengalami masalah kesihatan batuk dan demam yang tak kunjung kebah dan sudah pasti memberi kesan kepada persembahannya.

Namun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan itu Elly berjaya menyampaikan persembahan dengan baik walaupun vokalnya agak kurang memuaskan, tetapi kita semua faham akan keadaan ibu tunggal ini yang juga baru menghadapi pelbagai ujian dan cabaran dalam hidupnya secara serentak.

Konsert minggu ke empat yang bertemakan duet vaganza adalah konsert yang paling dinantikan oleh beliau kerana menurutnya suara dan kesihatanya sudah pulih. Berduet bersama Acong dengan lagu Jangan Menangis Sayang nyanyian asal (one/safura) Elly dan Acong memberikan persembahan yang tidak mengecewakan.

Namun, usai sahaja persembahan komen ketua juri Dato Ramli MS yang mengatakan markah Elly berdasarkan belas ehsan dari para juri dan pihak produksi amat tidak sopan dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ketua juri profesional seperti beliau.

Elly dalam sidang medianya sejurus selesai program Gegar Vaganza sambil menangis jelas menyatakan amat kecewa dan rasa terhina dengan komen Ramli MS yang menganggap beliau seolah-olah ingin meraih simpati.

Tegas Elly lagi beliau menyertai Gegar Vaganza adalah kerana ingin melupakan kisah hitam dalam hidupnya serta ingin mencari rezeki untuk anaknya serta bapanya bukan sekali-kali untuk dihina dan ingin meraih simpati sesiapa. katanya lagi sambil mengesat airmata.

Rata-rata peminat juga mengutuk keras tindakan Ramli MS itu yang disifatkan sebagai manusia yang sombong, kurang ajar dan tidak sensitif.

Diharapkan pihak Astro dan Dato Seri Vida memikirkan semula untuk menyerapkan Elly Mazlein kerana beliau adalah penyeri dalam Gegar Vaganza musim ke tiga ini, tanpa Elly setiap minggu konsert GV3 tidak lagi meriah dan ceria.

 

 

Leave a Reply

Top