Share on Facebook

KUWAIT, Berpuluh-puluh orang menyertai bantahan yang jarang berlaku di bandar ini untuk membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Kumpulan penunjuk perasaan itu berhimpun di Dataran Irada di luar bangunan Parlimen dengan membawa sepanduk bertulis “Baitulmaqdis selamanya ibu negara Palestin” dan “Keganasan adalah urusan Amerika”.

Seruan untuk mengadakan bantahan itu dianjurkan beberapa kumpulan politik termasuk Gerakan Perlembagaan Islam (ICM) yang dikaitkan dengan kumpulan Ikhwanul Muslimin dan persatuan orang awam.

Ketua Persatuan Kebudayaan dan Sosial Wanita Kuwait, Louloua al-Mulla berkata, bantahan itu bertujuan untuk menyuarakan kemarahan rakyat Kuwait terhadap tindakan Trump.

“Keputusan Trump adalah tidak adil. Kumpulan masyarakat awam di Kuwait mengutuknya,” katanya.

Sehubungan itu, Parlimen Kuwait dijangka mengadakan sesi khas pada Rabu depan untuk membincangkan perubahan dasar Washington. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *